Pautan Terhebat

Wednesday, April 27, 2011

Pesta Negeri Perak @ Menara Kuala Lumpur (28.4 ~ 8.5)

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan Pesta Negeri Perak di Perkarangan Kampung Budaya 1Malaysia pada 28 April 2011 hingga 8 Mei 2011. Ianya akan dibuka kepada pengunjung secara percuma mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pesta Negeri Perak ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

 
Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya Negeri Perak, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan tempat pelancongan di Malaysia khususnya di Perak. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan memeriahkan lagi pesta Negeri Perak.

Untuk keterangan lanjut,  sila hubungi talian 03-2020 5444 / 03-2020 5448 dan layari laman web Menara Kuala Lumpur di www.menarakl.com.my

P/S : Mazura : u kan orang perak gi la memeriahkan..:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...