Pautan Terhebat

Thursday, May 26, 2011

Lelaki nak tukar nama kepada perempuan. (kalau aku hakim aku x luluskan)

keratan dari akhbar utusan

KUALA TERENGGANU 25 Mei – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.



Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.

Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).


Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.


Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.


‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.


Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.


Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.



OK implikasi la kalau keputusan hakim meluluskan : pada aku la kan.. jgn la sesekali luluskan.. yela kalau ikut logic akal dan fikiran. Once yang ni da lulus.. lagi ramai la yang akan apply tukar nama tu.. dan pada masa akan datang.. kite xkan tau la diaorang segolongan ni perempuan sejati ke olok2.. yela kadang2 yang olok2 ni gile syit lawa x ingat. memang tunggang balik la masyarakat.. Kalau kerajaan luluskan la kan.. aku xkan sokong kerajaan ni da. memang ramai la akan pertikaikan.. da la isu agama..  Jadi saranan aku sebagai rakyat.. Jangan la sesekali meluluskan permohonan ni.. Banyak implikasi akan datang akan berlaku.. seyes shit..

5 comments:

cik dila said...

adoii..mcm2 hal umat akhir zaman ni..semoga kita tetap di jalan-Nya...

chinta... said...

mmmm...macam2..

Zuzus said...

man, ko jgn ikut mcm nih..haha

Mr.PinGu said...

setuju sgt2.. no to tukar nama.. later on masalah akan terjadi dimana lelaki akan tersilap memilih pasangan hidup yg merupakan Lelaki juga!!!!

srikandi cinta said...

dia dah meninggal. innalillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...