Pautan Terhebat

Tuesday, June 21, 2011

KL GANGSTER tidak sesuai diadaptasi ke DRAMA

Seperti yang kite sedia maklum, KL gangster tidak sesuai diadaptasi ke DRAMA berikutan slot2 yang mudah dipengaruhi oleh anak2 muda zaman sekarang..

Oklah, filem KL GANGSTER nie adalah filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara ini sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.

Filem nie jugak telah menewaskan sebuah lagi filem tentang gengsterisme berjudul Kongsi yang hanya mengutip RM8.4 juta setelah ditayangkan pada bulan lalu.

Dengar cerita pengarah muda Syamsul bakal mengarah filem KL Gangster 2 (Prekuel), iaitu kesinambungan cerita yang akan mengimbas semula di sebalik cerita dan konflik yang berlaku sebelum itu. Kemungkinan besar filem ini akan dipasarkan ke Thailand dan bakal menggunakan khidmat pelakon dari Thailand untuk prekuel filem KL Gangster 2. 

Ape2 pun Filem melayu semakin mendapat tempat dihati penonton MALAYSIA.. Tahniah Syamsul..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...