Pautan Terhebat

Sunday, October 2, 2011

Perenang Australia menipu kerana malu

Perenang Australia menipu kerana malu



SYDNEY – Perenang Australia, Kenrick Monk yang juga pemenang pingat emas bagi acara 4 x 200m dalam sukan Komonwel di New Delhi, tahun lalu, mengaku menipu kepada polis berhubung kecederaan siku yang dialaminya, awal minggu lalu.

Monk mendedahkan, kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan terjatuh dari skateboard, bukan kerana dilanggar kereta.

Menurut Monk, dia menipu mengenai kecederaan itu, kerana malu. “Saya amat malu. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya panik dan takut kerana terjatuh dari skateboard, sedangkan kanak-kanak 10 tahun boleh mengendalikan skateboard dengan lebih baik,” kata perenang berusia 23 tahun itu.

Jelasnya, dia dapat mendengar seorang pemandu kereta ketawa kepadanya kerana terjatuh dari skateboard, menyebabkan dia kemudiannya membuat laporan polis dan menukar keterangan dengan mendakwa dilanggar kereta.

Berikutan kecederaan itu, Monk, yang berharap dapat mengambil bahagian dalam sukan Olimpik tahun depan, terpaksa direhatkan selama enam hingga lapan minggu akibat siku yang patah.

Dalam pada itu, ketua pasukan renang Australia, Kevin Neil berkata, perkara itu amat dikesali, namun pasukan tidak akan membuat sebarang komen sehingga mendapat laporan mengenai kejadian sebenar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...