Pautan Terhebat

Tuesday, June 11, 2013

Kenapa perlunya TAKAFUL / INSURANS dalam kehidupan

Kenapa perlunya TAKAFUL / INSURANS dalam kehidupan






Kebiasaanya apabila anda mendengar mengenai insuran, anda akan membayangkan ianya hanya berkaitan dengan pampasan dan wang bayaran premium bulanan yang anda bayar setiap bulan akan hangus begitu sahaja. Di PruBSN Takaful, manfaatnya lebih dari itu.

Berikut adalah penerangan dan contoh secara ringkas, perlu ke takaful/insuran dalam kehidupan 


1. Melindungi Pendapatan Keluarga Anda.
Anda memerlukan wang untuk belanja harian dan keperluan, untuk memiliki barang impian, persekolahan anak dan sebagainya. Oleh itu anda berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih. Wang simpanan tidak banyak kerana telah digunakan untuk perkahwinan, beli perabot rumah dan tambahan pula wang baru digunakan untuk rawatan ayah di Institut Jantung Negara. Walaupun isteri bekerja namun duit gaji hanya mencukupi untuk belanja harian sahaja. Lebih teruk lagi jika anda meninggalkan dunia ini dengan lebih awal. Isteri anda akan menanggung segala pinjaman, perbelanjaan dan menyara anak sendirian. Kerisauan ini mungkin terlerai jika anda mempunyai perlindungan takaful berjumlah RM100,000 dan kad perubatan yang mempunyai had sebanyak 1/2 juta dimana ia akan diwariskan kepada isteri dan anak jika berlaku musibah seperti kematian mengejut atau hilang upaya kekal akibat kemalangan dan sebab-sebab lain.

2. Mendisiplinkan diri untuk menabung.
Menabung adalah satu disiplin yang amat penting dan memerlukan konsistensi. Dengan menggunakan cara pembayaran bulanan auto debit ia dapat mendisiplinkan diri untuk menabung. Dengan investment-link Takaful ia bukan sekadar melindungi malah menabung untuk anda. Ia amat berguna bila anda sudah bersara kelak. Ia adalah wang tambahan apabila anda bersara kelak.

3. Kos Rawatan Ditanggung Oleh PruBSN Takaful.
Kos pembedahan dan penyakit seperti kanser, sakit buah pinggang dan batu karang sekurang-kurangnya memerlukan 20,000 dan untuk bypass arteri mencecah RM90,000 untuk sekali rawatan bergantung kepada tahap kritikal penyakit tersebut. Ini tidak termasuk rawatan susulan dan lain-lain. Sudah tentu anda tidak mampu untuk membayar kos rawatan tersebut. Ini akan mengakibatkan penyakit semakin merebak dan menjadi lebih kritikal menyebabkan anda menderita lebih lama. Sekalipun anda mampu untuk membayar kos rawatan tersebut, ini akan mengurangkan simpanan persaraan anda. Dengan kad perubatan, perbelanjaan dan kos rawatan dibayar oleh syarikat kami dan tabungan anda tetap meningkat walaupun anda banyak membuat tuntutan untuk rawatan hospital.

4. Pendapatan Tahunan Jika Mengalami Penyakit Kritikal.
Apa akan berlaku sekiranya anda mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya akibat kemalangan. Majikan anda akan memberi notis berhenti kerja dan anda hilang punca pendapatan. Akibatnya, wang simpanan terpaksa digunakan sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan habis. 
Dengan PruBSN Takaful, anda akan memperolehi bayaran penyakit kritikal sekaligus, elaun penyakit kritikal, kos rawatan dibayar oleh PruBSN, Premium Takaful tidak perlu dibayar lagi dan tabungan akan tetap berterusan sehingga anda berumur 80 tahun.

5. Premium Bulanan Percuma
Jika pemegang polisi mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, premium akan dibayar oleh PruBSN dan tidak perlu dibayar oleh pemegang polisi lagi. Begitu juga untuk Takaful Smartlink jika pembayar bapa / ibu mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, PruBSN akan membayar premium bulanan dan pemegang polisi tidak perlu membayar lagi. Segala manafaat terus kekal sehingga kanak-kanak tersebut berumur 25tahun. Simpanan juga akan berterusan sehingga mencapai 25tahun.







****************************************************************************************************************************************************

If u're looking for PruBSN quotation / interested to learn about the business opportunity with Prudential BSN Takaful, do contact me & book your appointment TODAY for FREE @ zukhirman 019-2682611

*****************************************************************************************************************************************************

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...