Pautan Terhebat

Wednesday, June 15, 2011

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 - Ros Untuk Selamanya


sisipan dari SINI

KUALA LUMPUR – Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) yang akan berlangsung pada 9 Julai hingga 11 Julai depan di Presint 2, Putrajaya memilih tema Ros Untuk Selamanya.


Menurut laman web Perbadanan Putrajaya, Floria 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.



“Floria 2011 bakal melibatkan pameran lebih 100 spesies bunga ros terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok. Semuanya akan dipamerkan dengan rekabentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran.

“Lebih 400 ribu tumbuhan berbunga akan dipamerkan dan sebahagiannya adalah dari spesies ros,” katanya.


Tema Ros Untuk Selamanya dipilih berdasarkan simbolik bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang yang berkekalan sesama manusia.


Floria 2011 akan mempamerkan koleksi bunga ros dalam bentuk permaidani bunga gergasi, taman pameran dan lot jualan.


Turut diwujudkan taman terapi yang menyediakan perkhidmatan seperti urutan kaki, tangan dan bahu, refleksologi dan spa kepada pengunjung pada harga yang berpatutan.


Acara tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.


Ros Untuk Selamanya

Justifikasi tema ini diberi berdasarkan simboliknya bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang sesama manusia, alam sekitar dan tuhan yang berkekalan untuk selamanya.

Mengapa ros?

Dengan pemilihan tema dan bunga ini, FLORIA Putrajaya 2011 akan dipenuhi dengan kehangatan, keharuman dan keindahan bunga ros yang berwarna-warni dan mempersonakan. Selanjutnya:


- Mempunyai kepelbagaian jenis dan warna, melebihi 100 spesies yang boleh didapati di Asia Tenggara dan lebih 300 spesies di seluruh dunia.
- Mempunyai nilai komersil yang tinggi dan amat sesuai digunakan dalam reka bentuk landskap, bunga gubahan dan hadiah kepada yang tersayang.
- Mudah untuk ditanam dan dibiakkan bagi keperluan hiasan landskap dan taman.
- Koleksi dan pelbagai spesies Ros dapat diperkenalkan kepada pengunjung.
- Buat julung kalinya, Putrajaya FLORIA akan mempamerkan gubahan ros di setiap taman.


berikut adalah segala butirannya
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011

Tarikh: 9 - 17 Julai 2011

Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya

Tema: Ros Untuk Selamanya

Waktu Buka:
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad)


 

Jom kite beramai2 pergi sana memeriahkan keadaan..

1 comment:

Zuzus said...

nak jadi Seth Tan..pi aaa festival nih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...