Pautan Terhebat

Thursday, July 14, 2011

Bini- biniku Gangster - Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd

Bini-biniku gangster
Pengarah : Ismail bob Hashim 
Bahasa : Bahasa Melayu 
kategori : Filem Cereka  
Genre : Aksi, Komedi
Tarikh Tayangan : 22 September 2011
Durasi : 92 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:



Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.  Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang.  Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.



Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Barisan pelakon :

Shaheizy Sam : Henry 
Yana Samsudin : Manja
Intan Ladyana : Reanna
Zul handyblack : Muza





Sumber dari : Sini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...