Salam aku ade terbaca satu postpada aku artikel
yang dia karang berguna la untuk kite membacanya.. So aku share la ngan korang…
Sila Klik untuk pautan
asal : http://www.ghazalitajuddin.com/general/agent-takaful-insuran/
“Kerja buat org takut! Buat org ingat mati!
Barulah bisnes boleh jalan! Hahahah…”
Itulah lawak seorang sahabat bila
tanya aku apa bisnes aku sekarang. Setepek aku kena dengan kawan aku ni tetapi
aku tau dia bergurau, dan aku pun tergelak juga. Malah aku rasa betul
juga cakap member aku tu, tapi dari satu sudutlah.
Yelah bila dekat dengan org
takaful insuran yang komited mesti cakap pasal mati, pasal kemalangan, pasal
sakit kritikal dan macam-macam lagi perkara yang merisaukan dan membimbangkan.
Habis semua ejen akan tanya berkaitan bagaimana cara hidup kita, bagaimana
environment kerja kita, bagaimana kesihatan orang tua kita, adik-beradik,
bagaimana kejiranan kita dan macam-macam lagi soalan. Malah mereka juga
bersungguh-sungguh bercerita tentang pengalaman orang lain siap bawak keluar
semua sample-sample claim, semua artikel-artikel berkaitan pampasan kemalangan,
pampasan kematian, ditambah gambar-gambar yang terang dan jelas bagi meyakinkan
bakal pelanggan bagaimana keadaan bila berlakunya musibah. Sesi ini dipanggil
FACT FINDING bagi menilai keperluan prospek. Pada ketika itu pasti semua akan
rasa gerun dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh ejen. Semua akan terfikir
apa akan berlaku dimasa hadapan. Semua mereka-mereka yang tersayang bagai
terbayang-bayang dihadapan mata. Semua akan datang perasaan insaf dan
bertanggungjawab.
Sebenarnya…
Tetapi sebenarnya tugas agen
takaful insuran ni bukanlah untuk menakut-nakutkan orang, bukan juga menghasut
bakal pelanggan untuk membeli, jauh memaksa untuk mengambil insuran tetapi
lebih kepada memberi peringatan kepada bakal pelanggan tentang persediaan yang
perlu dibuat terhadap musibah yang mungkin tiba bila-bila masa.
- Adakah kita yakin diri kita akan sihat sentiasa? Walaupun hari-hari kita bersenam dan mengamalkan diet yang sihat?
- Adakah diri kita yakin diri kita tidak akan ditimpa kemalangan? Walau pun dirumah? Walaupun sedang tidur?
- Adakah kita yakin syarikat kita akan terus menanggung kita walaupun kita sudah tidak mampu memberi sumbangan dan pulangan yang lumayan untuk syarikat?
- Adakah kita pasti investment kita cukup dan selamat dengan ekonomi sekarang bagi menanggung kos rawatan kita?
- Adalah simpanan anda cukup untuk menanggung kos perubatan anda? Bagaimana perbelanjaan harian untuk seisi keluarga?
- Anda yakin jika anda mati nanti, nyawa anda ditarik oleh Malaikatul Maut begitu sahaja tanpa perlu dirawat dihospital, atau dirumah oleh keluarga?
- Adakah anda berpuas hati terhadap servis hospital kerajaan? Sanggup tunggu que atau memang kaki potong que?
Jadi apakah jawapan anda? Jika
TIDAK, ini bermakna anda percaya pada Qada dan Qadar dan anda memang memerlukan
takaful insuran! Sebab apa saya kata begitu sebab kita tidak tahu apa yang akan
berlaku dimasa hadapan.Tiada seorang pun yang boleh menentukan apa yang berlaku
dimasa hadapan. Kita cuma boleh berusaha merancang sahaja dan tawakkal
kepadaNya.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang
berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara
sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan
hajatnya. - Riwayat Ibn an-Najjar
Dari Umar
bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang
sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT),
sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam
keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang -
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Jadi
semua kena ambil takaful atau insuran lah?
Tak jugak. Jika anda betul2
sekaya BILL GATES (Pemilik Microsoft), atau Mark Zuckerberg (Pemilik Facebook)
mungkin anda tak perlu mengambil takaful insuran. Sebabnya anda terlebih mampu
membiayai kos rawatan tanpa mengurangkan sedikit pun kekayaan sedia ada, malah
mereka mampu memiliki hospital dengan kekayaan sendiri daripada perniagaan
mereka tanpa mengganggu harta-harta yang boleh diwariskan entah berapa
keturunan.
Selain daripada kaya macam
mereka, mungkin anda ada allocate sendiri simpanan perubatan yang tetap untuk
masa hadapan. Jika ada, anda mungkin 1 dalam 1 juta yang berbuat demikian.
Sebab kebanyakannya tahu jika mereka menyimpan sendiri pasti akan mengambil
masa untuk sampai satu amaun perubatan yang baik. Sebagai contoh anda menabung
RM200 sebulan dalam akaun anda untuk simpanan perubatan. Setahun baru RM2400,
10 tahun RM24000, kalau nak dapat RM100,000? Anda memerlukan 41 tahun 6
bulan!!! Itu jika anda hidup selama itu! Jika anda perlukan wang itu esok???
Bagaimana? Tetapi umumnya tidak pernah saya dengar orang ada simpanan perubatan
sendiri. Kebanyakannya menyimpan untuk kegunaan hal-hal lain seperti kereta,
rumah, haji dan sebagainya.
Atau mungkin anda ditanggung oleh
syarikat anda bekerja seumur hidup, tak kira anda masih sihat dan produktif
atau pun anda telah lumpuh kekal. Kalau ada syarikat macam ini memang hebat.
Setahu saya kalau kerja gomen adalah pakej sebegini. Selain itu jangan harap.
Sampai masa pencen, babai!!! Inikan pula anda yang baru berumur 25 tahun,
tetapi jatuh sakit yang tidak membenarkan anda bekerja, paling kuat dapat
pampasan sedikit dan terminate lah.
Sebab itu tidak semestinya anda
ambil takaful insuran jika anda sudah merancang awal-awal. Sebab anda mampu
menanggung kos rawatan perubatan nanti tanpa menyusahkan sesiapa. Jika anda
kategori ini, memang tak perlu ambil.
Hakikatnya?…
Hakikat sebenarnya, orang kaya
pun ramai ambil insuran. Adakah kerana mereka tak mampu bayar bil? Adakah
kerana mereka takut sakit? Ini kerana mereka tahu, KOS PERUBATAN SEMAKIN
TINGGI. Mereka juga tahu, Takaful Insuran mampu meringankan bebanan mereka
nanti. Takaful Insuran merupakan pilihan bagi melindungi simpanan mereka. Ini
kerana insuran dan takaful sebenarnya bukanlah melindungi diri pelanggan, tetapi
melindungi simpanan pelanggan melalui pengalihan musibah yang menimpa.
Ini baru betul orang panggil yang kaya semakin kaya. Bukan kaya sebab bertambah
duit, kaya sebab pandai melindungi duit!
Kereta anda juga, mesti ada
insuran. Daftar kereta, renew roadtax semua ada insuran. Adakah insuran itu
akan melindungi anda? Tidak. Ia melindungi POKET anda. Bila eksiden, bukan
tuannya yang direpair ditouchup, tapi kereta ye. Tuannya duduklah hospital,
tunggu bil sampai!
Alah… aku pun ada kenalan yang
rumahnya diinsurankan 3 JUTA. Apa ada hal. heheheh.
Kesimpulannya…
Nabi
pernah bersabda, “Rebut lah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara,
Sihat
sebelum sakit, Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup
sebelum mati.
Jadi sebenarnya kita semua tahu
tentang sakit, kita semua tahu kedatangan mati. Cuma kita selalu letakkan
tentang kematian dan kesakitan itu jauh-jauh dari dari minda kita umpamanya ia
tidak akan datang. Kita tahu kematian itu boleh datang mengejut, atau boleh datang
selepas susulan berbulan2 dirumah atau hospital. Cuma kita selalu menafikannya
dan mengambil mudah. Kita jarang fikirkan tentangnya dalam-dalam, sehinggalah
tiba masanya…..
Oleh itu, jelas agen takaful
insuran ni sebenarnya bukanlah menakut-nakutkan orang. Tugas agen takaful ini
seperti ahli jemaah tabligh, yang datang menyampaikan dan berkongsi peringatan
yang baik agak kita lebih bersedia. Mati atau sakit itu pasti dan datangnya
bila-bila. Adakah anda bersedia?
Tugas agen takaful ini seperti
ahli jemaah tabligh, yang datang menyampaikan dan berkongsi peringatan yang
baik untuk diri sendiri dan orang lain agar lebih bersedia.
Sebab itulah bila ejen-ejen ini
sampai, kita rasa sedikit terganggu dengan kehadiran mereka seolah-olah mereka
membawa suatu mesej yang tidak mungkin berlaku kepada diri kita sedangkan ia
adalah kenyataan. Seolah-olah kita cuba menipu diri sendiri. Ye tak?
Fikir-fikirkanlah. Kita kena
terus berdiri untuk terus bersedia dan berjuang sama ada untuk diri sendiri
atau mereka-mereka yang terdekat dengan kita.
“Tinggalkan
anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka
didalam keadaan meminta minta” - Hadith riwayat Bukhari
“Setiap
daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab
terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu” – Hadith riwayat Bukhari dan
Muslim
“Sesungguhnya
seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan
terhadap harta dan jiwaraga manusia” - Hadith riwayat Ibnu Majah
Semoga kita mengubah persepsi
kita terhadap takaful insuran.
****************************************************************************************************************************************************
If u're looking for
PruBSN Takaful / interested to learn about the business opportunity with Prudential BSN Takaful, do contact me & book your appointment TODAY for FREE @ zukhirman 019-2682611
PruBSN Takaful / interested to learn about the business opportunity with Prudential BSN Takaful, do contact me & book your appointment TODAY for FREE @ zukhirman 019-2682611
*****************************************************************************************************************************************************
2 comments:
Now, takaful dh menjadi keperluan. Sy pon mangse kemalangan langgar lari..mase tu niat nk amik takaful, rupenye tak smpt.eksiden dulu baru amik takaful..
Alhamdullillah..atleast now dah ade protection..terbaik...
Post a Comment