PruBSN SmartLink, pelan takaful pertama untuk anak belum lahir
SEPANG - Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenal PruBSN
SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi
masa depan anak masing-masing, sebelum anak itu dilahirkan lagi.
Ketua Eksekutifnya Azim Mithani berkata produk itu dibangunkan
berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak
berusia satu hingga 18 tahun.
Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20
minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun, katanya.
"Aspek lain produk itu ialah kami sudah menjalin usaha sama dengan
organisasi "stem life". Perkhidmatan ini baik untuk pelanggan," katanya
kepada Bernama pada pelancaran PruBSN SmartLink yang ditambah baik itu
di sini hari ini.