Pautan Terhebat

Tuesday, June 11, 2013

Peratusan golongan muda gagal bayar hutang menurun: AKPK

Peratusan golongan muda gagal bayar hutang menurun: AKPK

sumber : hmetro

GEORGETOWN: Peratusan golongan muda Malaysia yang gagal membayar hutang menurun kepada 10 peratus sehingga April tahun ini berbanding 15.8 peratus pada 2009, demikian menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Ia berkata generasi muda yang terlibat dalam program pengurusan hutang (DMP), lebih mahir dalam pengurusan kewangan dan kebanyakan mereka memilih menggunakan kad debit berbanding kad kredit.


"AKPK bimbang mengenai kumpulan umur 20 hingga 30 tahun memandangkan mereka sentiasa berhutang. Pengurangan ini menunjukkan petunjuk yang sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Koid Swee Lian, kepada pemberita selepas taklimat institusi kewangan di sini hari ini.



Beliau berkata AKPK berharap pendidikan kredit dan kewangannya akan sampai kepada satu juta orang tahun ini berbanding 650,000 orang pada 2009 menerusi pameran bergerak serta usaha sama pintar.

Koid berkata menerusi DMP, punca kegagalan tertinggi dalam membayar hutang disebabkan oleh perancangan kewangan yang lemah (23 peratus sehingga April tahun ini) dan kos perubatan yang tinggi (20 peratus).

Katanya sehingga April lepas, 3,412 kes berjaya dikeluarkan daripada DMP AKPK dengan jumlah baki hutang sebanyak RM130.86 juta.

Koid berkata AKPK, bersama rakan pintarnya -- Minggu Saham Amanah Malaysia, unit bergerak LINK Bank Negara Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan institusi pengajian tinggi -- membantu mendidik orang ramai mengenai pengurusan hutang dan kewangan.

"Kira-kira 75 institusi pengajian tinggi juga menawarkan kursus pengurusan kewangan peribadi yang berkesan bagi mengupayakan graduan muda supaya celik kewangan," katanya.

Ia antara lain membabitkan 40 jam pembelajaran, 14 jam pengajaran, lawatan belajar, peperiksaan dan seminar, katanya.

"Modul juga membabitkan program pengurusan aliran wang peribadi dengan yakin dan dapat membuat keputusan pengurusan kewangan dengan berhemat, empat jam yang dikenali sebagai Power!," katanya. - Bernama

 ******************************************************************************

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan SIMPANAN RISIKO, boleh hubungi saya di 019-2682611 (zukhirman) 

**********************************************************************

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...