aku sebenarnya nak berkongsi sedikit ape yang aku dah terbaca...Melalui pembacaan aku rasa kadang2 aku sungguh tenang...
1. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
2. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
3. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
4. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.
5. Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.
6. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha & qadar.
7. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
8. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
9. Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang muslim adalah baik baginya.
10. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
11. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oleh orang lain.
12. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
13. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
14. Musibah itu menajamkan nurani dan menguatkan hati.
15. Sesungguhnya dalam kesulitan terdapat kemudahan.
16. jangan marah! jangan marah! jangan marah!
17. pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.
18. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka DIA akan memberikan cubaan atas mereka.
19. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
20. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.
21. Tinggalkan desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin.
22. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
23. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa...
dan someone told me that " When one door closes, another door opens. We tend to look at the close door too long to realise the open door. Life is like that. Opportunity does not come everyday."
3 comments:
Kiman, betul apa dia tulis tu. Ko kena kuat. Insyaallah ko akan dapat mengharungi ujian yang telah Allah tentukan untuk ko...
yer kiman.... aku setuju ngan fathiyah.... ko sendiri boleh tgk.... byk peluang ko depan mata.... grab it kiman.... ukenduwit....
Kiman , semoga jgn leka dengan ujian Allah, sesungguhnya Allah sentiasa menunaikan hasrat yang kau pinta, tetapi adakah kita selama ini mampu menunaikan permintaan Allah pada kita....
Post a Comment