Pautan Terhebat

Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Muhasabah diri

aku sebenarnya nak berkongsi sedikit ape yang aku dah terbaca...Melalui pembacaan aku rasa kadang2 aku sungguh tenang...
1. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
2. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
3. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
4. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.
5. Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.
6. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha & qadar.
7. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
8. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
9. Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang muslim adalah baik baginya.
10. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
11. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oleh orang lain.
12. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
13. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
14. Musibah itu menajamkan nurani dan menguatkan hati.
15. Sesungguhnya dalam kesulitan terdapat kemudahan.
16. jangan marah! jangan marah! jangan marah!
17. pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.
18. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka DIA akan memberikan cubaan atas mereka.
19. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
20. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.
21. Tinggalkan desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin.
22. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
23. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa...
dan someone told me that " When one door closes, another door opens. We tend to look at the close door too long to realise the open door. Life is like that. Opportunity does not come everyday."

Wednesday, May 27, 2009

BERSANGKA BAIK PADA ALLAH

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH

Thursday, May 21, 2009

KESABARAN


Ya Allah aku mohon padamu kuatkanlah hatiku ini
sebenarnya terlalu banyak berlaku padaku akhir2 ini.. aku rasa aku dah xleh nak handle dah.. ntahla.. aku sangat kusut.. kadang2 benda ini terlalu menganggu kehidupan aku.. hatiku sangat sakit.. ntah kenapa baru sekarang baru terjadi padaku.. tahun 2009 terlalu banyak dugaan untuk diriku sebenarnya..memang ada hikmah di setiap kejadian, keadaan... tapi aku sepatutnya menghadapinya dengan tabah dan bersabar.. kenapa kadang2 aku terlalu memikirkannya.. 'kiman,, bangun...ni semua hasutan syaitan nie..ko kena bangun kiman..syaitan suka ko bersedih, runsing, gundah gulana,..sebab dia tahu kelemahan ko kiman...ko kena kuat kiman..' Ya Allah kau berilah aku kekuatan tu Ya Allah.. aku tumbang sekarang..doakan aku bangkit kemudian hari..
AKU SEPATUTNYA KENA TERIMA KENYATAAN
aku hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Sebagai manusia, aku tak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Sekarang ni aku perlu lakukan ialah berusaha untuk mengubah nasibku sekarang nie.. adakalanya aku bernasib baik, tetapi ada masanya aku juga diuji pelbagai dugaan. Aku perlu hadapinya dengan tenang dan reda kerana setiap perkara ada hikmahnya.,.mugkin aku lepas nie sentiasa berhati2 dan alhamdullillah telah menjadikan aku insaf.. InsyaAllah.
AKU SEPATUTNYA BERSYUKUR
1- aku dilahirkan sempurna.
2- aku punyai keluarga yang sempurna.
3- aku dilahirkan cukup agama.
4- aku habis segala pendidikan ku.. aku hebat..upsr,pmr,spm,dip,deg...
5- aku punyai bebudak umah yang sentiasa baik dan sentiasa risau akanku
6- aku punyai kerjaya.
7- aku punyai budi pekerti
8- aku punyai ati dan perasaan.
9- sebab Allah xnak bagi aku lalai dengan segala yang aku lalui.. Dia bagi aku dugaan nie.. Alhamdullillah.. segala2 nya datang dari Allah..
10- sebab aku pandai bekerja..bole handle semua situasi tapi kenapa situasi sebegini terlalu payah bagiku. aku perlu banyak bersabar.."Assabarul minal Iman"
11- aku masih bernafas, boleh melakukan ibadah kepada Allah
12- aku masih tahu asal usulku
13- aku tahu mana aku berpijak
14- aku xmenyakiti hati orang. kalau ada aku mintak maaf
15- aku ada impian, cita2.. (kejarlah ia kiman...)
16- dan aku perlu ingat bahawa segala anggota yang ada pada diriku bukan untuk aku..semuanya kepunyaan ALLAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...