Pautan Terhebat

Tuesday, April 26, 2011

Drama JuVAna Di Tv3 - Aku tidak terperangkap selamanya

Malam, td sempat la aku tgk satu drama tv3 nie Juvana - aku tidak terperangkap selamanya .. memang best la.. gengter je tgk.. 

citer episod satu nie mengisahkan la seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO)- kat sekolah henry gurney nie.. sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.


Korang tgk la barisan2 pelakon / salah laku

Kira malam td aku tgk kire yang senior / gengster si BOTAK tu la.. tgk macam sial je mamat tu..(da nama pun remaja bermasalah kan).. hehehe.. kesian DAIM..

alamak dalam gambar nie mana black ek.. huhuhu.. 

ape2 pun korang layanla juvana nie.. best jugak wooo.. segala info ade disini 


Sinopsis Juvana, di TV3 - copy terus dari blog anizyn


Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

2 comments:

hanis said...

Name Panjang Tony , Yg Real ape ?

Unknown said...

waaaa i luv juvana :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...