Pautan Terhebat

Wednesday, May 11, 2011

UiTM : Malam Gala SimplySiti - 9 julai 2011

Setahun memulakan operasi, kini sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia mereka, produk SimplySiti milik penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza akan meraikan para pengguna dengan menghiburkan mereka di Malam Gala SimplySiti.


Menariknya, Malam Gala SimplySiti ini akan diadakan disebuah universiti termuka di Malaysia, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Sabtu, 9 Julai 2011 ini.

Berkolabirasi dengan empat buah fakulti di dalam universiti ini, menurut Siti, dia berbesar hati apabila mendapat kerjasama sebegini apatah lagi konsert yang bakal berlangsung ini adalah untuk bertujuan mengumpul dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM.


"Tujuan sebenar kami memilih UiTM sebagai lokasi untuk mengadakan malam gala ini adalah untuk mendekatkan diri dengan pengguna SimplySiti yang kebanyakannya adalah daripada golongan pelajar.

"Jadi pada malam itu, bukan saya sahaja yang akan membuat persembahan tetapi ia akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Amy Search, Aizat Amdan dan Ana Raffali.

"Selain untuk memperlihatkan wajah-wajah SimplySiti kepada semua, konsert ini juga sebenarnya untuk meraikan ulang tahun pertama SimplySiti dan pada malam itu juga kami akan memperkenalkan satu lagi produk baru keluaran SimplySiti,"ujar Siti yang bangga dengan pencapai SimplySiti sepanjang setahun beroperasi.

Bercerita soal malam gala itu nanti, menurut Siti, selain persembahannya bersama beberapa artis yang lain, malam itu juga akan menyaksikan gabungan tenaga dan sokongan input daripada pihak UiTM dengan menyediakan beberapa persembahan istimewa daripada kalangan pelajar UiTM sendiri.

pengguna-pengguna masih boleh berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket percuma ke Malam Gala SimplySiti ini  dengan sejumlah pembelian barangan SimplySiti di sepuluh cawangan terpilih Watsons Midvelly, KLCC, Alamanda, Sg Wang, SACC Mall, Sogo serta Gaurdian Ulu Klang, Giant Kelana Jaya dan Giant Prima Saujana.

-mangga online-

6 comments:

Jahirah said...

wah kat uitm...:)

~~kimz~~ said...

meh la jom tgk..

deeya said...

mencik .. apsal kat pontian takde pun . huhu ~

~~kimz~~ said...

nanti ade la tu kalau de sambutan..

ayuni said...

okei. kat ipoh ni.tak leh join..hahaha :P

howdy said...

product ini memang bes lar


simply sity

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...