Pautan Terhebat

Showing posts with label RSD PAKAR TEL (AW). Show all posts
Showing posts with label RSD PAKAR TEL (AW). Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bhgn Mersing 2011

Salam..
Aku jd perwakilan ke..? hehehe.. xla.. Aku hanya datang ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Mersing 2011 yang mana dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Timbalan presiden UMNO Malaysia iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.
Perasmian ini diadakan di Dewan Jubli Intan Mersing pada sabtu lepas.(30 April 2011)..

Friday, February 11, 2011

RSD PAKAR TEL (AW)

Hehehe..

Kalau ikut entry aku yang lepas.. Aku dah gi training RSD ni last year.. sila refer sini

Update terbaru.. Yess, aku da g amik da kad pengenalan tentera nie.. Pagi tadi aku gi ngan Syima. Aku naik kete dia la.. aku jadi penumpang je kat sebelah..hahaha.. Sempat la aku amik baju celoreng sekali satu pasang..

Pastu sempat la tadi diorang tanya xnak gi ke siri 1 latihan nie.. Nak pegi tapi biasalah awal tahun kan..banyak keje..takut boss xlepas..

aku sempat la tgk timetable tu..banyak latihan hutan + menembak.. latihan jiwa2 pun ade (maksudnya..tolong2 orang ke, kemas2 kubur ke, kampung ke..macam2 la..xtau aktiviti la ape xtiviti diaorang nak wat nanti).. Kawad bape ari je..ni yang best.. xdela penat sangat berjemur tgh panas je..Tapi so far sangat best + penat la kalau gi aktiviti tu.. Tapi mgkin xdapat join kot.. sebab based on boss decision la.. huhu..

Ok stop here..sebab nak gi solat jumaat jap.. sempat aku update blog tgh keje..hehehehe..


Sunday, November 14, 2010

RSD - Rejimen Semboyan Di Raja ( Latihan Kem Tahunan LKT siri 4/2010)


Assalamualaikum... huhuhu.. lamanya aku xupdate blog nie.. ok. adekah aku busy / malas?  huhuh.. ok dalam 2 minggu lepas. banyak experience yang aku dapat.. bersyukur sebab aku diberikan oleh Allah untuk bernafas lagi untuk mengharungi kehidupan2 yang akan mendatang.. dan aku bersyukur kerana aku masih mempunyai keluarga / sahabat / insan2 yang sentiasa menyokong aku.. Thanks all..


ok xnak cite panjang, dalam 27/10 aritu aku kena attend satu latihan kem tahunan yang dianjurkan oleh Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Tel di Kem Taming Sari Taiping Johor Perak... Dan pada ari tu jugak, xtau aku nak g naik ape.. kejap kata nak naik trak askar la kejap nak bawak transport sendiri la..at last aku naik si Arman jugak.. Naikla Vios power dia tu sebab aku terlampau rajin nak drive..Nak tengok ke gambar Vios dia.

arman ( dikenali sebagai sharp shooter- lihat gambarajah dibawah) .. bro wa amik gambar kete lu..hahahaha.

ok aku, husna & si arman naik la kete.. Aku sepanjang jalan tido la ape lagi.. best sangat2 kena aircon. Follow 3 biji trak askar. kesian budak naik trak. konfom xleh lena nyer.. bising.. aku masih ingat sepanjang jalan aku sentiasa follow trak yang mana di naiki FARID (ustad kitaorang). terangguk2 dia.. dan pelbagai aksi dia tunjukkan mungkin disebabkan xberapa selesa nak tido.. korang nak tau ke bape speed trak askar tu.. dalam 160km/j.. tp kalau maintain purata dalam 120~130 km/j.. laju x.. so bayangkan la penumpang yang dalam trak tu camne..huhuhu..ooops lupa..aku sempat la amik BMI aku masa kat sg buloh RnR sebab masa tu ade kempen denggi kot.. lepas training aku xsempat nak amik BMI aku lagi.. Tp pastinya berat aku makin tambah kot.. bukan makin kurang.. huhuhu..

BMI aku 20.6.  kira oklah tu.. 

Oklah sesampainya kat sana cam biasa, sesi pendaftaran.. Berbaris dalam 3 barisan jurulatih check sorang2.. korang tau aku kena tegur pasal ape.. Ape lagi rambut la. So sebelum diorang yang gunting baik aku g gunting. So pas berbaris aku minta kuar untuk gunting rambut. So pendekla rambut aku.. Tp semstinya aku x potong botak.. hehehehee..

So bermulalah kehidupan kami2 semua sebagai askar. kalau nak citer kisah kehidupan seorang askar dalam blog aku nie..mau sampai bile2 panjang aku tulis.. So aku pendekkan dengan gambar je la ek. Yang pastinya. banyak kenagan yang aku dapat.. banyak kawan2 baru yang aku kenal. banyak jasa2 yang kitaorang buat (mangsa2 banjir di KEDAH baru2 ni).. Paling best jugak sewaktu menembak. Mula2nya menggigil nak menembak.. ye lah mana x menggigil..ko guna peluru hidup tu.. Kena orang mau kojol.. tp bile picu tu ko da tekan 2 3 kali.. rasa syok plak..bunyi berdesing kat telinga ko tu jgnla cakap..yelah.. kitaorang xguna ear plug pun masa menembak.. tp best2..So happy walaupun pada awalnya.. menyumpah2 bile nak abis latihan nie... penat jgn cakap la. Tp dalam kepayahan ade kemanisannya.. pehh.. Best2..

P/s: x semuanya ek gambar aku upload.. ( semuanya diambil menggunakan anset je la..)

 pantang nampak kamera.. kamera anset je la mampu ku bawa...

kelas baca peta + kompas.

si mat ni (bakhtiar nama diberi).. tilik baik punyer...!!


ni khusyuk belajar..BAGUS BAGUS!!!

ni keje nak posing jek.. hehehehe.. 

bukan pranita je pandai posing si dak 3 orang ni pun pandai berposing..

sesi cai senjata!!

KOrang tengok!!...macamana aku x cakap diorang ni suka posing.. pantang nampak KAMERA.. lagi2 si mat tu..heheheh.. sorry bro.. (sewaktu di BUKIT MERAH lake town resort) tido hotel..

Perlu ke gambar nie.. hahahaha... suke ati aku ek.. sebab aku yang amik.. lalalalalaa..

razif & zubir - sewaktu kembaraduga di bukit merah lake town resort.

antara ahli kumpulan 3. Miss u all..


kumpulan 3 lagi.. hehehehe... En zul menjeling..

CONTINUE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Thursday, February 11, 2010

MALUNYA!!!

Salam.. Aku nak bercerita yang harini aku gi buat medical check up untuk askar wataniah.. mmmm.. macam biasa pagi tadi azam yang amik aku kat rumah dengan naik kete GTI die..so pergi la aku ke HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN.. kat sini bukan aku nak cite pasal check up tu sebenarnya..tetapi mungkin cerita kelakar @ cerita yang memalukan untuk diri aku kot..hahaha..aku sungguh malu tadi..

macam nie..sesampai je aku kat sana.. macam biasa la..aku jumpe koperal ape ntah nama die..abaikan..so dielah yang suh isi form la pelbagai..aku nie isi je la..so siap kitaorang isi..kitaorang diberi sebotol (macam biasa la..utk urine)..so sempatlah aku bagi sample air kencing..sambil2 bagi...biasalah pagi2 sempat memerut tu..hahaha..aku xsempat bersarapan sebenarnya..tp ntah sakit perut..so aku rasa lepas menunaikan hajat..perut aku kosong terus kot.. then, aku terus la antar..sementara menunggu nie..ada plak minah nie..gile kerek..lek ar..asempat la aku dan azam menyound sekejap..hahaha..pagi tadi aku bergelak2 je sementara menunggu giliran nak amik sample darah plak.. so aku ni xsuke dan ada la sekali waktu sekolah menengah amik sample darah..terus fobia aku sampai sekarang..tu yang takut..da la aku nie xleh tengok darah..adoiyai..aku siap tanya xbole ke amik darah cucuk kat ujung jari je..pastu pk la secara logic banyak mana pun darah keluar kalau cucuk ujung jari tu..kalau setakat nak tau jenis darah ape bolehla cucuk kat ujung jari..ni nak amik satu botol.. bab derma darah..lagila aku xpernah derma..aku ni darah AB...xbanyak orang jenis darah aku nie..so aku tergolong orang2 yang terpilih..hahaha..PERASAN...

Sampailah giliran aku untuk mengambil sample darah..aku da rasa lain da..takut satu hal..hahahaa.penakut gile aku dengan darah..so nurse tu buat la all the procedure to take the blood sample.ikat sana,tepuk2 lengan aku nak bagi timbul urat tu...so dah timbul dia amik jarum tu apelagi nak enjet la..pehh..awaktu enjet je...kepala aku da nampak bintang..tp sikit2 je..tapi lama2 bintang tu makin banyak..adoi..aku siap cakap lagi.."saya nampak bintang la...banyak nie.." nurse tu cakap..nak pitam ke..mana la aku tau nak pitam camne..aku xpernah pitam...pastu makin lama..aku makin xnampak..makin gelap...aku dengar suara je...badan aku lemah..terus kulai..+ xnampak pape + nampak bintang yang terlalu banyak + tersangat panas....huhuhuu..aku sedar last dia nak sumbat kan aku gula2...so gula2 da ada dalam mulut aku... ------------------------------------- aku sedar balik, ada suara2 panggil aku balik..aku bukak mataku..macam lens yang baru nak terbuka...sikit2 lama2 aku dah nampak..tp aku nampak syiling je + nurse tu yang cantik jugakla..hahaha..aku da ada kat katil..ntah bile aku berada kat katil aku pun xtau.. aku da sedar sikit..aku diberi minuman milo panas..agaknya nurse2 kat situ kot buat..hahah..sekali hirup je aku..yelah..mana tau anak dara ke xpun mak dara ke yang buat..tp milo 3+1 je la..huhuhu..aku da ada kat bilik lain sbenarnya..
Pehh..sedar je aku terus rasa malu...yela mana tak nye..budak2 lain ramai lagi kat luar bilik..so kalau aku da ada kat bilik lain konfom diorang nampak aku..huhuh.. aku terus SMS azam..azam buat lawak bodoh..ade ke dia jawab..dia nak tpon mak aku..(sebenarnya nak buat lawak) pastu yang si man plak sempat bagitau nak gi JJ belikan buah nak melawat..bangkai..aku terus bangun keluar bilik..semua gelak..tapi sebelum tu diorang cite balik la..diorang infm gerun je..tgk aku ditolak kerusi roda..xgerak pape..(yang ditolak kerusi roda nie pun aku xsedar)..aku masa tu merah padam nak kata muka nie...muka aku gelap..so xnampak pun merah..malu giler.. so aku tau sebab pe aku pitam..aku xsarapan pagi tadi..yela aku ni jenis yang suke sarapan.kena pagi tadi aku xmakan pape..so kena amik darah yang sememangnya aku xsuke..aku terus pitamlah..maybe xde tenaga... Aku terus ajak dak2 nie gi cafe hospital tu..aku nak makan..amik ko aku makan nasi..(makan berat la)..tp memang ari2 pun aku makan berat pagi2..dah terbiasa kot.. so pas makan aku da kuat sikit..tapi kepala agak berpusing sikit2.. pas makan aku gi teruskan check up aku..kitaorang g xray plak..so menunggu da la satu hal..lama jugakla..sampai giliran..aku g xray..so settlela.. kitaorang tanya balik koperal tu..ape lagi pasni..tu je dia kata..tapi pasni ada sesi ngan Doktor plak..tp tunggu diorang panggil..so kitaorang pun berangkat pulang.. Tp aakan ku ingat peristiwa ini.. sebab FIRST time aku PITAM...woha.!!!

no giliran aku..untuk xray

pusat menunggu xray.

apis dan arman

ni la azam..nasib baik naik kete die..kalau aku bawak kete sendiri konfom xbole bawak..

disinilah tragedi bermula... WOHA!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...